Tips Meningkatkan Nilai & Motivasi Diri



  1. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain.
  2. Berhenti merasakan diri paling ketinggalan dari semua segi.
  3. Jangan membalas pujian dengan ucapan "oh ia takde apa-apa". Malah terimalah semua pujian dengan ucapan "Terima kasih". Anda berhak merasakan diri bahawa anda layak untuk pujian tersebut asalkan jangan meninggi diri dan bongkak.
  4. Selalu berkata kepada diri, "Saya amat berharga dan bernilai, saya dicintai oleh semua orang dan saya layak untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan".
  5. Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi dari orang yang telah berjaya.
  6. Selalu bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif dan supportif.
  7. Buat senarai kejayaan yang telah anda capai pada masa lalu dan lihat senarai tersebut setiap hari.
  8. Buat senarai sifat-sifat positif dan bandingkan diri anda. Adakah anda mempunyai sifat-sifat tersebut. Jika belum, UBAH!
  9. Lebihkan memberi. Didik sikap memberi berbanding menerima. Tidak semestinya ia berbentuk wang semata-mata. Apa sahaja terutama penglihatan anda dalam masyarakat (usaha, tenaga, masa dan lain-lain).
  10. Libatkan diri dalam aktiviti yang anda betul-betul minati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.
  11. Menjadi diri sendiri. Hidup sebagai diri anda - hidup anda bukan ditentukan oleh orang lain. Anda tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan anda yang menetukan jalan hidup yang anda mahukan.
  12. Ambil TINDAKAN! Jaga rasa takut dengan kegagalan. Jika anda bertindak dan melakukan dengan terbaik, walau apa sahaja perkara yang berlaku, anda tidak akan berasa menyesal kerana anda sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya akan melonjakkan motivasi dan nilai diri anda.