Pilihan terletak pada diri kita sendiri. Antara petua-petua yang boleh menceriakan hidup kita ialah:
- Dirikan solat dan banyakkan berdoa.
- Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur.
- Selalu mengerjakan solat sunat taubat.
- Selalu mengamalkan membaca Al-Quran.
- Bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari.
- Bisikan kepada diri perkara yang positif.
- Cuba melakukan puasa sunat.
- Sering ingat kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
- Jaga pancaindera dari mendengar, melihat atau bercakap perkara yang tidak bermanfaat.