Pengenalan kepada Perakaunan


PENGENALAN
Perakaunan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi kita. Perakaunan menyediakan maklumat yang berguna kepada pembuat keputusan seperti individu, perniagaan, kerajaan dan lain-lain terutama sekali dalam membuat keputusan berkaitan perkara-perkara yang melibatkan kewangan. Perniagaan memerlukan maklumat perakaunan untuk membolehkannya beroperasi dengan baik dan mencapai maklumat. Tanpa maklumat perakaunan, pengurus perniagaan tidak dapat mengawal kos, menetapkan harga jualan dan menyediakan belanjawan.

DEFINISI PERAKAUNAN

  • Perakaunan merupakan satu proses mengenalpasti, merekod, mengkelas dan meringkas semua urusniaga secara sistematik dalam nilai wang dan melaporkan serta mentafsirkannya.
  • Satu seni untuk merekod, meringkas, mengkelas, menganalisa dan mengkomunikasi maklumat-maklumat dari peristiwa ekonomi.
  • Satu seni merekod, mengkelas dan meringkaskan data-data mengenai peristiwa dan urusniaga secara sistematik dan bererti sengan nilai wang serta mentafsirkan maklumat-maklumat perakaunan yang dihasilkan darinya.

KONSEP / PRINSIP PERAKAUNAN ASAS



Bil.
Konsep/Prinsip
Keterangan
1
Entiti berasingan
Pemilik dan perniagaan merupakan dua pihak berasingan.
2
Badan berterusan
Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek.
3
Wang sebagai ukuran
Hanya item yang boleh dinilaikan dalam wang direkodkan dalam buku akaun.
4
Kos sejarah
Urus niaga direkod berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut walaupun nilai semasa boleh berubah.
5
Tempoh perakaunan
Hayat perniagaan dibahagikan kepada tempoh yang sama dan tetap.
6
Konsep pemadanan
Semua hasil mesti dipadankan dengan belanja dalam sesuatu tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan bagi tempoh berkenaan.
7
Prinsip catatan bergu
Setiap urus niaga direkod dalam dua akaun yang berasingan di sebelah yang bertentangan dengan amaun yang sama.
8
Ketekalan
Item perakaunan yang serupa dikendalikan dengan cara yang sama, konsisten, pada setiap tempoh perakaunan.
9
Materialiti
Item perakaunan yang penting sahaja diambil kira dalam penyediaan laporan kewangan.