Pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan

Pemilik adalah orang yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan. Pihak-pihak lain juga terlibat dalam penyediaan Penyata Kewangan. Antaranya ialah:

1. Akauntan
  • Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain.
  • Menyediakan dan mengesahkan Penyata Kewangan untuk dibentangkan kepada pihak-pihak tertentu.
2. Pengurus Kewangan
  • Mengurus pelaporan kewangan supaya berjalan lancar.
  • Menyediakan akaun bulanan dan laporan kepada pihak atasan.
  • Menyediakan akaun tahunan.
3. Pengurus Akaun
  • Menyelenggara rekod lengkap iaitu semua rekod transaksi kewangan sesebuah perniagaan dengan bimbingan akauntan.
  • Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan lain.
  • Menyediakan penyata dan laporan kewangan tempoh tertentu.
  • Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej perisian komputer yang standard.