Persamaan Perakaunan


1. Apabila berlakunya urusniaga perniagaan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik boleh berubah tetapi persamaan perakaunan tidak akan berubah.

2. Perimbangan antara jumlah aset dengan jumlah liabiliti dan ekuiti pemilik sentiasa dikekalkan walaupun kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik berubah.


3. Kesan urusniaga ke atas persamaan perakaunan boleh disebabkan oleh:
  • Perubahan kepada aset
  • Perubahan kepada liabiliti
  • Perubahan kepada ekuiti pemilik

SISTEM CATATAN BERGU
  • Setiap urusniaga mesti melibatkan sekurang-kurangnya dua akaun yang berasingan.
  • Satu akaun akan didebitkan dan satu akaun lagi akan dikreditkan dengan jumlah dan tarikh yang sama.
  • Ia adalah satu sistem merekod urusniaga yang tepat dan sistematik.

!!!BAD LEH!!!
(Belanja & Aset berbaki Debit manakala Liabiliti, Ekuiti Pemilik & Hasil berbaki Kredit)