- Berhenti membandingkan diri dengan orang lain.
- Berhenti merasakan diri paling ketinggalan dari semua segi.
- Jangan membalas pujian dengan ucapan "oh ia takde apa-apa". Malah terimalah semua pujian dengan ucapan "Terima kasih". Anda berhak merasakan diri bahawa anda layak untuk pujian tersebut asalkan jangan meninggi diri dan bongkak.
- Selalu berkata kepada diri, "Saya amat berharga dan bernilai, saya dicintai oleh semua orang dan saya layak untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan".
- Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi dari orang yang telah berjaya.
- Selalu bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif dan supportif.
- Buat senarai kejayaan yang telah anda capai pada masa lalu dan lihat senarai tersebut setiap hari.
- Buat senarai sifat-sifat positif dan bandingkan diri anda. Adakah anda mempunyai sifat-sifat tersebut. Jika belum, UBAH!
- Lebihkan memberi. Didik sikap memberi berbanding menerima. Tidak semestinya ia berbentuk wang semata-mata. Apa sahaja terutama penglihatan anda dalam masyarakat (usaha, tenaga, masa dan lain-lain).
- Libatkan diri dalam aktiviti yang anda betul-betul minati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.
- Menjadi diri sendiri. Hidup sebagai diri anda - hidup anda bukan ditentukan oleh orang lain. Anda tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan anda yang menetukan jalan hidup yang anda mahukan.
- Ambil TINDAKAN! Jaga rasa takut dengan kegagalan. Jika anda bertindak dan melakukan dengan terbaik, walau apa sahaja perkara yang berlaku, anda tidak akan berasa menyesal kerana anda sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya akan melonjakkan motivasi dan nilai diri anda.
Tips Meningkatkan Nilai & Motivasi Diri
Panduan Menghadapi Peperiksaan
Sehari sebelum peperiksaan
- Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.
- Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.
- Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan di tempat yang senang diambil dan mudah diingati.
- Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
- Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.
Semasa hari peperiksaan
- Bangun awal dan lakukan solat hajat.
- Jangan lupa untuk bersarapan.
- Pastikan anda membawa peralatan untuk menjawab, kad pengenalan dan slip peperiksaan.
- Salam dan cium tangan ibu bapa. Mohon mereka mendoakan kejayaan anda.
- Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan untuk memberi ketenangan kepada anda.
Di dewan / kelas peperiksaan
- Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merunsingkan fikiran anda.
- Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
- Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
- Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
- Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula menjawab. Sekiranya anda terlupa, jangan panik. Tarik nafas da berselawatlah. In shaa Allah boleh ingat semula.
Selepas peperiksaan
- Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan, elakkan untuk berbincang tentang soalan atau jawapan dengan rakan-rakan. Ini bagi mengelakkan anda rasa kurang yakin untuk menjawab kertas peperiksaan seterusnya.
"Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting untuk menduduki peperiksaan. Semoga beroleh kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan. Hadiahkanlah kejayaan ini untuk ibu bapa yang telah banyak berkorban demi anda sejak kecil hingga dewasa..."
Kata-Kata Motivasi : Kehidupan Umpama Main Game. Next Level atau Game Over?
Pilihan terletak pada diri kita sendiri. Antara petua-petua yang boleh menceriakan hidup kita ialah:
- Dirikan solat dan banyakkan berdoa.
- Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur.
- Selalu mengerjakan solat sunat taubat.
- Selalu mengamalkan membaca Al-Quran.
- Bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari.
- Bisikan kepada diri perkara yang positif.
- Cuba melakukan puasa sunat.
- Sering ingat kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
- Jaga pancaindera dari mendengar, melihat atau bercakap perkara yang tidak bermanfaat.
Kerjaya Akauntan
Perakaunan masih merupakan satu bidang penting tetapi masih kurang penglibatan khususnya di kalangan bumiputera. Kerjaya yang melibatkan seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar kurang berminat menceburi bidang ini.
Perkembangan pesat sektor ekonomi dan perdagangan negara sejak kebelakangan ini membuka ruang yang cukup luas kepada lulusan di bidang ini. Perkembangan teknologi maklumat meningkatkan lagi peranan bidang ini dan segi pengurusan dan pengkomputeran sesebuah organisasi.
Program sarjana muda perakaunan yang ditawarkan oleh universiti/instjtusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di peringkat tinggi kepada pelajar. Di samping bertujuan menyedarkan masyarakat umum tentang peranan, sumbangan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan adanya program ini universiti/IPT berupaya mengeluarkan siswazah-siswazah bertaraf profesional di bidang perakaunan sejajar dengan keperluan negara.
Kursus-kursus dan program perakaunan telah distrukturkan untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat, pembuat keputusan serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan organisasi supaya dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama ada sebagai akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi awam atau swasta.
Antara kursus yang diajar semasa pengajian termasuklah perakaunan kewangan, perakaunan kos, undang-undang komisen, percukaian, perakaunan untuk pengurusan, undang-undang perniagaan, prinsip perakaunan perniagaan, analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem perakaunan, kawalan perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.
Lulusan yang mengikuti program ini seharusnya berkeupayaan memulakan kerja sebagai akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah, peluang pekerjaan di bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan swasta termasuk bank, institusi kewangan dan firma akauntan, di bidang pendidikan, pembangunan hartanah dan dunia pelaburan.
Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam atau swasta.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan
Program sarjana muda perakaunan yang ditawarkan oleh universiti/instjtusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di peringkat tinggi kepada pelajar. Di samping bertujuan menyedarkan masyarakat umum tentang peranan, sumbangan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan adanya program ini universiti/IPT berupaya mengeluarkan siswazah-siswazah bertaraf profesional di bidang perakaunan sejajar dengan keperluan negara.
Kursus-kursus dan program perakaunan telah distrukturkan untuk membentuk kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat, pembuat keputusan serta menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan organisasi supaya dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama ada sebagai akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi awam atau swasta.
Antara kursus yang diajar semasa pengajian termasuklah perakaunan kewangan, perakaunan kos, undang-undang komisen, percukaian, perakaunan untuk pengurusan, undang-undang perniagaan, prinsip perakaunan perniagaan, analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem perakaunan, kawalan perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.
Lulusan yang mengikuti program ini seharusnya berkeupayaan memulakan kerja sebagai akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan atau guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah, peluang pekerjaan di bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan swasta termasuk bank, institusi kewangan dan firma akauntan, di bidang pendidikan, pembangunan hartanah dan dunia pelaburan.
Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam atau swasta.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan
- Berminat dengan profesion ini
- Berpengetahuan di bidang matematik
- Berminat dengan perkembangan bidang ekonomi dan perdagangan
- Mempunyai pengetahuan tentang komputer
Kerjaya dalam Bidang Perakaunan
Dalam bidang perakaunan, peluang untuk bekerja adalah sangat luas. KIta boleh bekerja dalam bahagian kewangan, pengurusan, cukai dan sebagainya yang berkaitan dengan perakaunan.
Financial (Kewangan)
- Preparation Finance Statement
- Analysis Finance
- Auditing
- Regulatory
- Consulting
- Planning
- Criminal Investigation
Managerial (Pengurusan)
- General Accounting
- Cost Accounting
- Budgeting
- Internal Auditing
- Consulting
- Controller
- Treasurer
Taxation (Cukai)
- Preparation Planning
- Regulatory
- Investigations
- Consulting
- Enforcement
- Legal services
- Estate plans
Accounting-Related
- Lenders
- Consultants
- Analysis Traders
- Directors
- Underwriters
- Planners
- Appraisers
- FBI Investigations
- Market researchers
- System designers
- Merger services
- Business valuation
- Forensic Accounting
- Litigation support
- Entrepreneurs
Badan Perakaunan Professional di Malaysia
Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board) - MASB
- Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977.
- Lembaga ini mempunyai kuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia.
- Fungsi dan kuasa MASB:
- Menerbit piawaian perakaunan baru.
- Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada.
- Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan.
- Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam iaitu menentukan kehendak minimum dan garis panduan untuk penyediaan laporan kewangan di Malaysia.
Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Publics Accountants) - MICPA
- Ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Syarikat 1965.
- Bertujuan untuk memajukan profession perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan.
- Antara syarat untuk menjadi ahli MICPA ialah:
- Lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan oleh MICPA.
- Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.
Institut Akauntan Malaysia (Malaysia Institute of Accountants) - MIA
- Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.
- Bertujuan untuk memperkembangkan profession di Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar akauntan.
- Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA).
Pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan
Pemilik adalah orang yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan. Pihak-pihak lain juga terlibat dalam penyediaan Penyata Kewangan. Antaranya ialah:
1. Akauntan
- Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain.
- Menyediakan dan mengesahkan Penyata Kewangan untuk dibentangkan kepada pihak-pihak tertentu.
2. Pengurus Kewangan
- Mengurus pelaporan kewangan supaya berjalan lancar.
- Menyediakan akaun bulanan dan laporan kepada pihak atasan.
- Menyediakan akaun tahunan.
3. Pengurus Akaun
- Menyelenggara rekod lengkap iaitu semua rekod transaksi kewangan sesebuah perniagaan dengan bimbingan akauntan.
- Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan lain.
- Menyediakan penyata dan laporan kewangan tempoh tertentu.
- Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej perisian komputer yang standard.
Penyata Kewangan
Penyata Kewangan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Penyata Pendapatan / Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
- Kunci kira-kira
Tujuan Penyata Kewangan:
Persamaan Perakaunan
1. Apabila berlakunya urusniaga perniagaan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik boleh berubah tetapi persamaan perakaunan tidak akan berubah.
2. Perimbangan antara jumlah aset dengan jumlah liabiliti dan ekuiti pemilik sentiasa dikekalkan walaupun kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik berubah.
3. Kesan urusniaga ke atas persamaan perakaunan boleh disebabkan oleh:
- Perubahan kepada aset
- Perubahan kepada liabiliti
- Perubahan kepada ekuiti pemilik
- Setiap urusniaga mesti melibatkan sekurang-kurangnya dua akaun yang berasingan.
- Satu akaun akan didebitkan dan satu akaun lagi akan dikreditkan dengan jumlah dan tarikh yang sama.
- Ia adalah satu sistem merekod urusniaga yang tepat dan sistematik.
!!!BAD LEH!!!
(Belanja & Aset berbaki Debit manakala Liabiliti, Ekuiti Pemilik & Hasil berbaki Kredit)
Pengertian dan Pengkelasan Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja
ASET
- Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
- Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
- Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.
- Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.
- Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa
- Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.
- Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.
- Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
- Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.
- Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Liabiliti Bukan Semasa (Liabiliti Jangka Panjang)
- Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih daripada satu tahun.
- Contoh; pinjaman bank, gadai janji.
2. Liabiliti Semasa (Liabiliti Jangka Pendek)
- Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka masa pendek iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau setahun.
- Contoh; pemiutang, overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu.
EKUITI PEMILIK
- Pelaburan pemilik dalam perniagaan.
- Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan.
- Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik.
- Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik.
- Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.
- MODAL AKHIR = MODAL AWAL + MODAL TAMBAHAN + UNTUNG BERSIH - RUGI BERSIH - AMBILAN
HASIL
- Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan.
- Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Hasil Kendalian
- Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan.
- Contoh; klinik, firma audit : hasil daipada perkhidmatan yang diberi, kedai jam : hasil diperolehi daripada hasil jualan jam.
2. Hasil Bukan Kendalian
- Pendapatan yang diterima secara tidak langsung atau tidak berkaitan dengan aktiviti utama sesuatu perniagaan.
- Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung pelupusan aset bukan semasa.
BELANJA
- Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan.
- Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil.
- Terbahagi kepada dua iaitu;
1. Belanja Kendalian
- Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
- Contoh; sewa kedai, gaji pekerja, promosi, insurans, alat tulis dan sebagainya.
2. Belanja Bukan Kendalian
- Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.
- Contoh; belanja faedah pinjaman bank, rugi jualan aset bukan semasa, rugi daripada risiko banjir, kerosakan, kecurian dan sebagainya.
Kitaran Perniagaan
Kitaran
perakaunan merupakan
beberapa peringkat proses perakaunan yang bermula daripada sumber dokumen
sehingga catatan penutup. Jangka
masa untuk satu kitaran perakaunan dilengkapkan dalam satu tempoh
perakaunan.
- Peringkat
1: Dokumen sumber
Merekod urusniaga perniagaan ke dalam dokumen perniagaan
seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.
- Peringkat
2: Buku Catatan Pertama
Merekod maklumat daripada dokumen-dokumen perniagaan ke dalam
Buku Catatan Pertama seperti Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal
Pulangan Belian dan Buku Tunai.
- Peringkat
3: Pengeposan ke Lejar
Memindahkan catatan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam akaun
dalam lejar.
- Peringkat
4: Penyediaan Imbangan Duga
Mengimbangkan semua akaun-akaun dalam lejar dan kredit dalam
Imbangan Duga.
- Peringkat
5: Pelarasan
Membuat pelarasan pada akaun jika ada, selepas penyediaan
Imbangan Duga.
- Peringkat
6: Imbangan Duga Terlaras
Selepas pelarasan dibuat, Imbangan Duga disediakan semula.
- Peringkat
7: Penyediaan Penyata Kewangan
Penyata kewangan disediakan selepas Imbangan Duga diselaraskan.
Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.
- Peringkat
8: Catatan Penutupan
Catatan penutup dibuat dalam jurnal selepas penyediaan penyata
kewangan.
Pengenalan kepada Perakaunan
PENGENALAN
Perakaunan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi kita. Perakaunan menyediakan maklumat yang berguna kepada pembuat keputusan seperti individu, perniagaan, kerajaan dan lain-lain terutama sekali dalam membuat keputusan berkaitan perkara-perkara yang melibatkan kewangan. Perniagaan memerlukan maklumat perakaunan untuk membolehkannya beroperasi dengan baik dan mencapai maklumat. Tanpa maklumat perakaunan, pengurus perniagaan tidak dapat mengawal kos, menetapkan harga jualan dan menyediakan belanjawan.
DEFINISI PERAKAUNAN
- Perakaunan merupakan satu proses mengenalpasti, merekod, mengkelas dan meringkas semua urusniaga secara sistematik dalam nilai wang dan melaporkan serta mentafsirkannya.
- Satu seni untuk merekod, meringkas, mengkelas, menganalisa dan mengkomunikasi maklumat-maklumat dari peristiwa ekonomi.
- Satu seni merekod, mengkelas dan meringkaskan data-data mengenai peristiwa dan urusniaga secara sistematik dan bererti sengan nilai wang serta mentafsirkan maklumat-maklumat perakaunan yang dihasilkan darinya.
KONSEP / PRINSIP PERAKAUNAN ASAS
Bil.
|
Konsep/Prinsip
|
Keterangan
|
1
|
Entiti
berasingan
|
Pemilik
dan perniagaan merupakan dua pihak berasingan.
|
2
|
Badan
berterusan
|
Perniagaan
dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka
pendek.
|
3
|
Wang
sebagai ukuran
|
Hanya
item yang boleh dinilaikan dalam wang direkodkan dalam buku akaun.
|
4
|
Kos
sejarah
|
Urus
niaga direkod berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut walaupun
nilai semasa boleh berubah.
|
5
|
Tempoh
perakaunan
|
Hayat
perniagaan dibahagikan kepada tempoh yang sama dan tetap.
|
6
|
Konsep
pemadanan
|
Semua
hasil mesti dipadankan dengan belanja dalam sesuatu tempoh perakaunan untuk
mencari keuntungan bagi tempoh berkenaan.
|
7
|
Prinsip
catatan bergu
|
Setiap
urus niaga direkod dalam dua akaun yang berasingan di sebelah yang
bertentangan dengan amaun yang sama.
|
8
|
Ketekalan
|
Item
perakaunan yang serupa dikendalikan dengan cara yang sama, konsisten, pada
setiap tempoh perakaunan.
|
9
|
Materialiti
|
Item
perakaunan yang penting sahaja diambil kira dalam penyediaan laporan
kewangan.
|
Introduction.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera☺
Saya, Noreen Farhana binti Abdullah (D20141066126) merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (AE02) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Blog ini merupakan tugasan bagi kursus Teknologi Maklumat Dalam Perakaunan (PPS3033) untuk semester ini.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)