Tips Meningkatkan Nilai & Motivasi Diri



  1. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain.
  2. Berhenti merasakan diri paling ketinggalan dari semua segi.
  3. Jangan membalas pujian dengan ucapan "oh ia takde apa-apa". Malah terimalah semua pujian dengan ucapan "Terima kasih". Anda berhak merasakan diri bahawa anda layak untuk pujian tersebut asalkan jangan meninggi diri dan bongkak.
  4. Selalu berkata kepada diri, "Saya amat berharga dan bernilai, saya dicintai oleh semua orang dan saya layak untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan".
  5. Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi dari orang yang telah berjaya.
  6. Selalu bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif dan supportif.
  7. Buat senarai kejayaan yang telah anda capai pada masa lalu dan lihat senarai tersebut setiap hari.
  8. Buat senarai sifat-sifat positif dan bandingkan diri anda. Adakah anda mempunyai sifat-sifat tersebut. Jika belum, UBAH!
  9. Lebihkan memberi. Didik sikap memberi berbanding menerima. Tidak semestinya ia berbentuk wang semata-mata. Apa sahaja terutama penglihatan anda dalam masyarakat (usaha, tenaga, masa dan lain-lain).
  10. Libatkan diri dalam aktiviti yang anda betul-betul minati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.
  11. Menjadi diri sendiri. Hidup sebagai diri anda - hidup anda bukan ditentukan oleh orang lain. Anda tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan anda yang menetukan jalan hidup yang anda mahukan.
  12. Ambil TINDAKAN! Jaga rasa takut dengan kegagalan. Jika anda bertindak dan melakukan dengan terbaik, walau apa sahaja perkara yang berlaku, anda tidak akan berasa menyesal kerana anda sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya akan melonjakkan motivasi dan nilai diri anda.

Panduan Menghadapi Peperiksaan


Sehari sebelum peperiksaan
  1. Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.
  2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.
  3. Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan di tempat yang senang diambil dan mudah diingati.
  4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
  5. Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.
Semasa hari peperiksaan
  1. Bangun awal dan lakukan solat hajat.
  2. Jangan lupa untuk bersarapan.
  3. Pastikan anda membawa peralatan untuk menjawab, kad pengenalan dan slip peperiksaan.
  4. Salam dan cium tangan ibu bapa. Mohon mereka mendoakan kejayaan anda.
  5. Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan untuk memberi ketenangan kepada anda.
Di dewan / kelas peperiksaan 
  1. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merunsingkan fikiran anda.
  2. Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
  3. Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
  4. Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
  5. Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula menjawab. Sekiranya anda terlupa, jangan panik. Tarik nafas da berselawatlah. In shaa Allah boleh ingat semula.
Selepas peperiksaan
  1. Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan, elakkan untuk berbincang tentang soalan atau jawapan dengan rakan-rakan. Ini bagi mengelakkan anda rasa kurang yakin untuk menjawab kertas peperiksaan seterusnya.
"Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting untuk menduduki peperiksaan. Semoga beroleh kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan. Hadiahkanlah kejayaan ini untuk ibu bapa yang telah banyak berkorban demi anda sejak kecil hingga dewasa..."